fbpx

Seleweng diesel dalam kebun kelapa sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kegiatan penyelewengan diesel didakwa berlaku di sebuah stor dalam kebun kelapa sawit di Changlun, semalam.

CHANGLUN – Kegiatan penyelewengan minyak diesel di sebuah stor dalam kebun kelapa sawit di Kampung Alor Janggus, di sini tumpas selepas diserbu pihak berkuasa pada semalam.

Serbuan Ops Tiris 3.0 kira-kira pukul 4.15 petang itu dilakukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Kubang Pasu dengan kerjasama Cawangan Risikan Batalion 2 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kulim.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah, Muhammad Nizam Jamaludin berkata, serbuan tersebut adalah hasil risikan pasukan PGA.

“Ketika serbuan dijalankan, seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an berada di premis tersebut dan mengaku sebagai pekerja di situ.

“Pemeriksaan lanjut mendapati berlaku aktiviti penyelewengan dengan penyambungan hos dari badan lori tangki ke dalam tong drum yang mengandungi kira-kira 15,000 liter disyaki diesel,” katanya di sini hari ini.

Katanya, pekerja lelaki terbabit ditahan kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen lesen atau kebenaran berhubung pemilikan barang kawalan berkenaan dan jumlah sitaan keseluruhan dianggarkan bernilai RM47,250.

“Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” ujarnya.

Hasil maklumat orang awam dan risikan PGA, stor berkenaan dipercayai baru sahaja beroperasi dalam masa dua hingga tiga hari dengan bekalan minyak diperoleh dari kawasan sekitar Alor Setar.

Bekalan diesel berkenaan kemudian dikatakan akan diisi ke dalam kenderaan dari Thailand. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI