fbpx

Permohonan skrip bagi syarikat antarabangsa dipendekkan dari 30 kepada tujuh hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi Fadzil merangkap jurucakap Kerajaan Perpaduan ketika sidang media mingguan Kabinet di Kementerian Komunikasi di sini, hari ini.FOTO - FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

PUTRAJAYA- Tempoh permohonan skrip bagi syarikat antarabangsa dari 30 hari kepada tujuh hari antara pencapaian Kementerian Komunikasi dalam melaksanakan reformasi kerenah birokrasi.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan satu pencapaian membanggakan dicapai Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Beliau berkata, pemendekkan tempoh itu memenuhi keperluan penting syarikat penggambaran asing yang ingin menjalankan penggambaran dalam negara, yang memerlukan penelitian skrip yang mendalam.

“Selain itu, ada beberapa agensi lain di bawah Kementerian Komunikasi yang telah menyaksikan isu kerenah birokrasi ini diteliti dan direformasi. Contohnya PUSPAL (Garis panduan Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara) yang sebelum ini mengambil masa yang lebih lama untuk memproses permohonan.

“Tapi sewaktu kita luncurkan GPP 6.0 pada bulan April lalu, maka beberapa perkara telah dipermudahkan terutama untuk penganjuran konsert dan juga aktiviti penggambaran oleh sama ada artis antarabangsa ataupun syarikat-syarikat perfileman dari luar negara,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Katanya, pihaknya juga akan memperhebatkan lagi usaha reformasi birokrasi di agensi dan badan berkanun lain di bawah kementerian itu, termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Kementerian Komunikasi adalah antara tiga kementerian yang berjaya melaksanakan reformasi kerenah birokrasi dan telah diberikan penghargaan khas atas kejayaan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI