fbpx

Pelajar asnaf cemerlang perlukan laptop

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EMILIA IZZATI (kanan) bersama ibu bapanya di Pasir Puteh baru-baru ini.

PASIR PUTEH – Pelajar asnaf yang memerlukan sebuah komputer riba tidak mahu kekangan kewangan keluarga menjadi alasan untuk tidak menyambung pelajaran selepas memperoleh keputusan cemerlang 10A pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 baru-baru ini.

Emilia Izzati Nor Afandi, 18, yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh berkata, dia baru memulakan pengajian Jurusan Sains Tulen di Kolej Matrikulasi Kelantan di Kok Lanas dekat sini kelmarin.

Katanya, kemiskinan keluarga bukan alasan untuk berputus asa, malah menjadi doro­ngan untuk terus berusaha dan memenuhi impian keluarga.

“Saya ada impian besar untuk ke Universiti Malaya (UM) dan bercita-cita menjadi doktor gigi. Buat masa ini, saya hanya perlukan satu komputer riba untuk
membantu me­nyiapkan tugasan dan pembelajaran.

“Ayah, Nor Afandi Md. Ke­senin, 48, merupakan seorang petani di bawah program Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan bekerja keras menanam timun dan cili demi menyara keluarga,” katanya.

Ujarnya, segala keperluan termasuk pakaian dan yuran pendaftaran ke kolej matrikulasi sebanyak RM499 diusahakan ba­panya melalui hasil jualan sa­yur-sayuran.

Nor Affandi berkata, bantuan moral dan sokongan daripada Yayasan Raja Shamri baru-baru ini memberi kelegaan dan semangat untuk mendapatkan komputer riba buat anaknya.

Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh hubungi Emilia Izzati di talian 017-343 5543 atau terus ke akaun Bank Simpanan Nasional miliknya, 0350141700099314.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI