BEIJING – Satu gempa bumi sederhana bermagnitud 4.3 menggegarkan daerah Qingcheng di bandar Qingyuan, wilayah Guangdong, menyebabkan penduduk tempatan bergegas menyelamatkan diri.
Namun, sebuah rakaman bencana itu menunjukkan seorang budak lelaki memilih untuk menghabiskan makanannya terlebih dahulu sebelum melarikan diri keluar dari rumah.
Tanpa menghiraukan gegaran yang masih terasa, dia meluru semula ke meja makan dan sempat menyuap dua sudu nasi dengan pantas.
Bapanya yang melihat kelakukan kanak-kanak tersebut mengarahkannya supaya segera meninggalkan meja makan.
“Cepat turun, tinggalkan sahaja makanan di atas meja! Jangan ambil, letak balik,” kata ayahnya.
Gegaran yang berlaku sekitar pukul 6.45 petang (waktu tempatan) minggu itu hanya berlangsung selama beberapa saat tetapi sudah cukup untuk mengejutkan penduduk tempatan. – AGENSI.