fbpx

JKR Delhi cipta rekod dunia, turap lebih 3,000 jalan berlubang sehari 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JKR menurap lebih 3,000 lubang di seluruh New Delhi dalam masa sehari. - Urban Acres

NEW DELHI – Jabatan Kerja Raya (JKR) Delhi mencipta rekod dunia selepas menurap 3,433 lubang pada jalan raya di seluruh ibu kota India berkenaan dalam masa cuma satu hari, lapor portal berita Indian Express semalam. 

Menteri Kerja Raya, Parvesh Sahib Singh berkata, usaha itu bukan sekadar misi pembaikan jalan berlubang tetapi komitmen untuk menamatkan kitaran kelewatan dan alasan. 

“Setiap lubang yang diturap membawa mesej bahawa kerja pembaikan boleh dilakukan segera apabila niatnya jujur,” kata Singh. 

Beliau menambah,  setiap penyelenggaraan disertakan gambar sebelum dan selepas dinaik taraf sebagai langkah ketelusan dan menghapuskan sebarang penyelewengan. 

Kerja penyelenggaraan bermula pagi kelmarin sehingga petang hari, meliputi kawasan seluas 1,400 kilometer persegi merentasi bandar itu yang dibahagikan kepada tiga zon utama iaitu timur, selatan dan utara. 

“Lebih 200 kenderaan penyelenggaraan  dan bahan berkualiti tinggi digunakan untuk memastikan kerja pembaikan yang pantas lagi tahan lama,” kata seorang pegawai JKR. 

“Masa adalah kritikal kerana hujan monsun dijangka tiba tidak lama lagi. Dengan misi ini, kerajaan berhasrat mengurangkan risiko kemalangan, aduan banjir dan ketidakselesaan pengguna jalan raya,” tambahnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI