fbpx

Bekas kapten Liverpool jadi rebutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HENDERSON

AMSTERDAM – Bekas kapten Liverpool, Jordan Henderson kini menjadi buruan dua kelab yang akan beraksi dalam saingan Eropah musim depan iaitu Nottingham Forest dan Marseille.

Difahamkan, Henderson, 35, boleh meninggalkan Ajax secara percuma berdasarkan klausa dalam kontraknya sekali gus menarik minat Forest yang akan beraksi di Liga Konferens Europa.

Menariknya, Marseille yang dikendalikan bekas pengurus Brighton, Roberto De Zerbi turut berminat dengan servis pemain tengah veteran itu disebabkan mereka akan beraksi di Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Sebagai rekod, Henderson telah memenangi segala-galanya di ketika menyarung jersi Liverpool dari 2011 hingga 2023 termasuk Liga Perdana Inggeris, Piala FA, EFL, UCL, Piala Dunia Kelab dan Piala Super Eropah.

Bagaimanapun, karier bekas pemain akademi Sunderland itu merudum jatuh selepas meninggalkan Anfield dengan menyertai Al-Ettifaq di Arab Saudi.

Selepas enam bulan bergelut di Arab Saudi, Henderson memilih kembali ke Eropah bersama Ajax pada Januari 2024 sehingga dilantik sebagai kapten jaguh Belanda itu.

Pengalaman luasnya menyaksikan pengurus England, Thomas Tuchel kembali menyenaraikan Henderson dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2026.

Meskipun sudah berusia 35 tahun tetapi Forest dan Marseille merasakan kehadiran Henderson mampu memberikan nilai tambah dalam pasukan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI