fbpx

Pengunjung rosakkan lukisan berusia 300 tahun 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan seorang pengunjung tersandung ketika cuba bergambar dengan lukisan tersebut di Itali. - Newsflash

ROM – Seorang pengunjung merosakkan sekeping lukisan berusia 300 tahun selepas kakinya tersandung ketika bergambar di sebuah galeri di Itali, lapor akhbar Metro UK. 

Kejadian berlaku di Galeri Uffizi dekat bandar Florence pada 21 Jun lalu. 

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan pengunjung terbabit menghampiri lukisan bertajuk Portrait of Ferdinando de Medici, Grand Prince of Tuscany karya pelukis Itali, Anton Domenico Gabbiani. 

Pengunjung itu cuba melakonkan semula aksi putera tersebut seperti dalam lukisan, sebelum badannya hilang keseimbangan lalu terjatuh ke arah kanvas. 

Selepas menyedari kerosakan itu, lelaki tersebut bergegas berdiri dan meletakkan tangannya ke belakang, seolah-olah dia sedang mengamati potret tersebut. 

Imej dimuat naik di media sosial menunjukkan lubang sebesar penumbuk pada kanvas, yang telah ditarik semula daripada pameran dan sedang menjalani pembaikan. 

Pegawai muzium melaporkan pengunjung itu kepada polis, manakala siasatan sedang giat dijalankan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI