fbpx
Anthony Loke sidang media khas pengumuman senarai syarikat yang mencatatkan jumlah saman tertinggi di Kementerian Pengangkutan, hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR

Orang ramai digalak ambil gambar lori, bas dipandu laju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) tidak pernah memandang ringan setiap aduan rakyat termasuk video yang tular di media sosial melibatkan kesalahan jalan raya dilakukan kenderaan berat dan bas ekspres.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, tindakan segera akan diambil oleh pihaknya bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya yang lain terpelihara.

“Sekiranya lihat ada lori atau bas yang dipandu laju di atas jalan raya, ambil gambar menggunakan telefon pintar.

“Seperti yang berlaku beberapa hari yang lalu, ada satu video tular melibatkan sebuah syarikat bas ekspres yang dipandu dengan laju dan selepas ia memotong kenderaan lain, pemandu itu tunjukkan isyarat lucah kepada orang yang mengambil video tersebut.

“Jangan ingat video yang ditularkan itu tidak berkesan, ada orang kata (mereka) dah buat aduan kepada JPJ, tak diambil tindakan.

“Saya tengok video itu sahaja terus saya WhatsApp kepada Ketua Pengarah JPJ dan Ketua Pengarah APAD untuk ambil tindakan dan APAD terus menggantung syarikat tersebut,” katanya menerusi sidang akhbar di Kementerian Pengangkutan, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika merujuk kepada tindakan APAD menggantung Lesen Pengendali Kenderaan Perkhidmatan Awam milik Star Mart Ekspress Sdn. Bhd. selama 30 hari bermula 3 Julai ini susulan video tular pemanduan berbahaya pemandu bas ekspres syarikat itu pada 12 Jun lepas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI