PETALING JAYA – Seorang lelaki menerima padah apabila dilanggar sebuah motosikal ketika melintas jalan tanpa menoleh kiri dan kanan di Jalan Chempaka, Kota Bharu, Kelantan.
Menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dikongsikan di Facebook milik Yu Kh, kelihatan lelaki terbabit tiba-tiba melintas jalan lalu dirempuh sebuah motosikal sehingga terjatuh dan dihempap kenderaan berkenaan.
Bagaimanapun, beberapa orang awam segera membantu mangsa dan penunggang motosikal yang terjatuh dalam kejadian tersebut.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menyelar tindakan cuai lelaki berkenaan yang melintas jalan tanpa berhati-hati.
“Lintas jalan macam jalan dengan gewe (kekasih) dalam taman,” seloroh Ahmad Nazrul.
“Aku pelik lepas lori tu lalu terus lelaki tu hilang, aku ingat kena sapu dengan lori, rupanya kena ‘sodok’ dengan motor,” komen seorang pengguna.
“Mujur mangsa boleh bangun walaupun kena ‘pijak’ dengan motosikal,” kata Liey. – KOSMO! ONLINE