fbpx
Gambar fail. Anggota polis memeriksa mayat mangsa di lokasi kejadian itu.-Foto ISKANDAR SHAH MOHAMED / KOSMO!

Lelaki maut di depan kedai motosikal akibat tembakan di kepala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Seorang lelaki yang maut di hadapan sebuah kedai motosikal di Taman Meru Utama, Meru di sini, Jumaat lalu dipercayai ditembak di kepala.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa berusia 46 tahun mengalami kecederaan teruk di bahagian itu.

“Namun, jumlah das tembakan yang dilepaskan belum dapat disahkan ketika ini.

“Selain itu, motif sebenar kejadian itu juga masih dalam siasatan lanjut,” katanya hari ini.

Tambah beliau, seramai 11 individu telah direkodkan keterangan bagi membantu siasatan setakat ini.

“Usaha memburu suspek terlibat masih sedang giat dijalankan dan Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI