fbpx

‘Dunia tengah perang, rakyat Malaysia sibuk telur siapa masam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aliff dan anak bujangnya, Ammar mencuri perhatian dalam sepotong video apabila mereka berkongsi idea spontan tentang isu konflik dunia dan hal remeh berkaitan tindakan seorang usahawan sensasi.

PETALING JAYA – Usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri mencuri perhatian apabila mengajak anak bujangnya, Ammar Ahyyan berbicara tentang isu ‘telur masam’ yang menjadi perbualan ramai gara-gara keterlanjuran kata seorang pempengaruh dalam media sosial baru-baru ini.

Bagaimanapun, apa yang menjadi tumpuan adalah kebijaksanaan Ammar, 17, menangkis pelawaan bapanya itu dengan cara berhemah.

“Sekarang ini dunia tengah sibuk dengan peperangan Iran tapi rakyat Malaysia (tengah sibuk) suami orang telur dia masam ke tak.

“Dunia tengah berperang tapi kalian kisahkan tentang telur (orang) masam atau sebaliknya,” ujar Ammar penuh wibawa.

Sementara itu, dalam video sama, Aliff, 38, bukan satu perkara yang ganjil apabila bahagian kerandut golongan Adam berbau masam disebabkan persekitaran atau faktor sekeliling.

“Semua orang (lelaki) telur masam sebab dalam seluar panas, berkuap dan kena kain. Kalau dah tahu masam, cucilah dah cuci, kita guna,” jelas Aliff.

Aliff berkias ketika berbicara dengan anak lelaki sulungnya itu sambil berkata lagi: “Hujung-hujung, telur masam itu yang digunakan.

“Ikan pekasam masam sedap tak? Kalau telur masam dah cuci, boleh makan dan sedap tak.”

Kenyataan spontan Aliff itu membuatkan Ammar tersipu-sipu malu untuk memberikan respons memandangkan dirinya masih berstatus remaja dan belum menjengah alam perkahwinan.

Terdahulu, seorang pempengaruh yang juga usahawan mendedahkan, dia dijangkiti herpes menerusi video yang dimuat naik sewaktu berjumpa doktor.

Wanita yang sering mencetuskan kontroversi itu dikatakan mengaitkan jangkitan herpes tersebut dengan suaminya selain menyatakan bahagian sulit pasangannya berbau masam.

Perbuatan itu sekali gus mengundang kritikan dan kecaman orang ramai apabila ia disifatkan membuka aib pasangannya dan hal rumah tangga. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI