fbpx

Lelaki mati ditikam di perut, dada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN seorang lelaki yang ditemukan mati dengan kesan tikaman di perut dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Tasek Damai, Ipoh semalam.

IPOH – Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan kematian bapanya yang ditemukan dengan kesan tikaman di perut dalam kejadian di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Tasek Damai, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, mangsa berusia berusia 57 tahun dan bekerja sambilan sebagai penjual produk kesihatan itu tinggal di rumah berkenaan bersama suspek berusia 30 tahun.

Katanya, suspek memberitahu kali terakhir bapanya membalas mesej adalah pada pukul 2.40 petang.

“Berdasarkan temubual dengan lelaki itu, dia memberitahu pintu pagar tertutup manakala pintu jeriji dan pintu cermin rumah pula terbuka dengan sofa di ruang tamu tidak tersusun ketika dia pulang ke rumah.

“Lelaki itu kemudiannya mendakwa telah pergi ke ruang dapur dan menjumpai bapanya dalam keadaan tidak sedarkan diri dan terlentang berlumuran darah,” katanya di sini hari ini.

Menurut Abang Zainal Abidin, siasatan lanjut di lokasi kejadian mendapati tiada barangan berharga yang hilang.

Katanya, pemeriksaan awal pada tubuh lelaki itu mendapati terdapat kesan tikaman di bahagian kanan perut dan hirisan di dada kanan.

“Siasatan forensik di lokasi kejadian menjumpai sebilah pisau kecil berhulu kayu berukuran 22 sentimeter yang telah dibersihkan berada di atas sinki dapur.

“Senjata tajam itu disyaki merupakan senjata yang digunakan dalam kejadian tersebut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI