fbpx

7 askar Israel maut, 17 cedera diserang hendap di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail dua askar Israel dekat terowong di Khan Yunis, Gaza. - Foto AFP

BANDAR GAZA – Tujuh askar Israel maut, manakala kira-kira 17 yang lain cedera dengan sebahagiannya kritikal dalam serangan hendap di sebuah kompleks di Khan Yunis, selatan Semenanjung Gaza.

Menurut laman berita Al Mayadeen, sumber Israel yang dipetik media tempatan menyatakan bahawa askar yang mati melibatkan dua unit anggota tentera dari briged berbeza.

Laporan itu juga menyatakan bahawa beberapa askar masih belum ditemukan dengan kebimbangan serius tentang nasib mereka.

Helikopter tentera dilaporkan memindahkan askar yang cedera ke Hospital Tel HaShomer di Tel Aviv.

Media Israel menyifatkan insiden itu sebagai sukar untuk difahami kerana mereka yang terbunuh dan cedera adalah dari dua unit tentera berbeza.

Pejuang-pejuang Palestin telah melakukan serangan hendap strategik terhadap tentera Israel serta membakar sebuah kenderaan pengangkut berperisai ketika askar-askar masih berada di dalamnya, lapor media tersebut.

Jeritan askar-askar Israel yang cedera dapat didengari dalam klip video yang dirakam oleh pejuang Hamas. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI