SINGAPURA – Seorang wanita dirakam mengayuh basikal bersendirian di dalam terowong Lebuh Raya Kallang-Paya Lebar (KPE), Singapura, lapor portal berita Stomp hari ini.
Tindakan itu bukan sahaja menyebabkan netizen keliru netizen tetapi juga menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan.
Seorang pembaca memaklumkan kepada Stomp tentang video kejadian itu yang dikongsi di laman Facebook semalam.
Walaupun tarikh sebenar kejadian tidak jelas, rakaman itu dilaporkan dirakam pukul 3.15 pagi (waktu tempatan).
Dalam klip itu video, wanita itu dilihat tenang menunggang basikal berwarna hijau mirip basikal sewa Anywheel.
Hampir tidak ada kenderaan lain di dalam terowong pada masa itu.
Namun, berbasikal di lebuh raya, walaupun pada pada dini hari adalah menyalahi undang-undang dan berbahaya di Singapura.
Sesiapa yang didapati bersalah menunggang basikal di lebuh raya, mereka boleh denda sehingga SGD$2,000 (RM6,629) atau penjara sehingga enam bulan. – AGENSI