fbpx

‘Telinga berdesing, tangan lembik’ – Joey disihir rakan industri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOEY DAUD

PETALING JAYA – Lama mengunci mulut, selebriti Joey Daud mendedahkan pernah disihir peserta pertandingan program lawak.

Kongsi Joey atau nama sebenarnya Zulkifli Daud, 51, selepas melakukan persembahan badannya berpeluh dan tangannya tidak boleh bergerak.

“Saya ingat lagi waktu itu juri bagi markah tinggi, lagi seminit persembahan nak tamat tiba-tiba telinga berdesing sampai saya tidak boleh dengar apa-apa.

“Badan saya berpeluh tapi saya cuba sengih supaya orang tak tahu saya ‘diserang’.

“Turun sahaja dari pentas, saya pening dan nak tumbang mujur diselamatkan Khir Rahman. Mereka bagi minum air, selepas itu terus belah kiri saya lembik, tak boleh gerak,” katanya menerusi sebuah audio siar.

Selepas mendapatkan rawatan hospital, pelantun lagu Wamsamsam itu mencari alternatif untuk berjumpa tiga ustaz bagi merawatnya.

“Selepas dua ustaz kata mereka tak boleh rawat saya. Saya kemudian ke Ipoh bertemu seorang ustaz yang mengesahkan memang ada sesuatu dalam diri saya.

“Ustaz itu tahu saya masuk bertanding sedangkan di rumahnya tiada televisyen. Dia pesan sentiasa berzikir sebab supaya benda lain tak menumpang. Dia nak beritau siapa yang buat tapi saya tidak izinkan.

“Dia cuma pesan jangan ambil kerja Tuhan atau lakukan sesuatu yang memudaratkan. Waktu latihan, saya akhirnya tahu siapa yang buat, dia tiba-tiba tepis tangan saya bila ajak bersama sebab dia ‘panas’.

“Cuma jika ditanya logik akal, saya fikir mungkin bukan budak itu yang buat. Mungkin penjaganya yang lakukan,” kongsinya.

Meskipun sakit, Joey tetap kuat semangat meneruskan persembahan di atas pentas dan memberikan yang terbaik sebagai anak seni.

“Semangat saya kuat sebab itu tak ambil masa lama untuk sembuh. Saya buat persembahan mengengsot tapi orang fikir itu karakter yang saya bawa.

“Sebagai anak seni, ini cara saya cari rezeki dan akan tetap buat yang terbaik.

“Selepas itu ada beberapa orang yang tanya termasuk wartawan, saya diam sahaja dan cakap diri baik-baik sahaja. Baru hari ini saya buka cerita ini,” jelasnya lagi.

Sebelum ini pada 2020, Joey bertandingan di sebuah program lawak menerusi kumpulan J-born bersama Khir Rahman dan Vicha. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI