fbpx

Suami isteri warga Indonesia ditahan disyaki bunuh rakan senegara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan suami isteri warga Indonesia yang ditahan kerana disyaki membunuh rakan senegara mereka.

SIBU – Sepasang suami isteri warganegara Indonesia berjaya ditangkap kerana disyaki membunuh rakan senegara mereka, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata kedua-dua suspek berusia berusia dalam lingkungan 30-an itu dicekup dalam tempoh 12 jam selepas pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 5.17 petang.

Katanya berdasarkan laporan yang diterima, seorang lelaki warga Indonesia berusia 30-an serta tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan diri ditemukan terbaring dalam keadaan berlumuran darah di pondok kebun, Jalan Rantau Panjang di sini.

“Bertindak atas maklumat, pada hari yang sama kira-kira pukul 9.50 malam bertempat di tepi Jalan Teku-Pasai Siong, tangkapan telah dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah IPD Sibu terhadap pasangan suami isteri warga Indonesia yang juga tiada dokumen perjalanan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, Zulkipli berkata beberapa barang kes berkaitan dengan kejadian itu turut dirampas dan kedua-dua suspek direman selama tujuh hari sehingga 1 Julai.

Katanya punca kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian agar menghubungi pegawai penyiasat kes ASP Mingat Bakil di talian 019-8867978 atau mana-mana balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI