fbpx

Selangor teliti LOD penduduk terjejas kolam takungan pecah tiga kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin ketika sidang akhbar tersebut hari ini. Foto oleh SADDAM YUSOFF

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan meneliti surut tuntutan (LOD) 28 orang penduduk Taman Seri Alam, Kuala Selangor yang mahu maklum balas konkrit berhubung insiden benteng kolam takungan pecah beberapa kali sebelum ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beliau akan menyemak Kamar Penasihat Undang-Undang Kerajaan Selangor sama ada peguam yang mewakili penduduk itu telah menghantar LOD kepada kerajaan negeri atau tidak.

“Saya baru sahaja pulang daripada Paris, Perancis menghadiri Pameran Udaran Paris. Jadi, saya tidak pasti sama ada mereka sudah hantar LOD ini kepada Kamar Penasihat atau belum.

“Kita akan selesaikan isu ini mengikut proses perundangan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan pusat penyelenggaraan APS Asia Pasific, di sini, hari ini.

Kosmo! pada 16 Jun lalu melaporkan Penduduk Taman Seri Alam, Saujana Utama di sini, menuntut ganti rugi sebanyak RM1.6 juta terutamanya daripada pihak pemaju ekoran kejadian benteng kolam takungan yang pecah berulang kali di kawasan itu.

Tuntutan itu disuarakan 28 pemilik yang kediaman mereka telah tiga kali terjejas sejak 2015. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI