fbpx

Berang pandu perlahan, pemandu Hilux ‘hentam’ Axia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan sebuah Toyota Hilux merempuh sebuah Perodua Axia secara mengundur di Jalan Tun Razak, Johor Bahru, kelmarin.

JOHOR BAHRU – Perbuatan khianat seorang lelaki merempuh sebuah kenderaan lain dengan sengaja sebanyak tiga kali di Jalan Tun Razak, di sini, kelmarin memakan diri apabila dia diberkas polis.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian pukul 3.10 petang itu berlaku ketika lelaki berusia 63 tahun yang memandu kereta Perodua Axia memperlahankan keretanya kerana terlepas simpang.

Suspek yang memandu trak pikap Toyota Hilux ketika itu berada di belakang kemudian memotong Perodua Axia secara agresif sebelum berlaku pertengkaran mulut antara mereka.

“Suspek kemudian merempuh kereta mangsa dengan cara mengundurkan kenderaannya sebanyak tiga kali sebelum cuba melarikan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Raub memberitahu, akibat kejadian itu, pemandu Perodua Axia kerugian kira-kira RM15,300 berikutan kerosakan yang dialami.

“Semakan mendapati suspek memiliki tujuh rekod jenayah. Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI