fbpx

Baru nak lapor kerja Singapura, didenda RM10,000 sebab mabuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SIVAM didenda RM10,000 dan penjara sehari selepas mengaku salah menunggang motosikal dalam keadaan mabuk di Mahkamah Yong Peng, Batu Pahat hari ini.

BATU PAHAT – Seorang lelaki yang dijadual melapor diri bekerja di Singapura hujung bulan ini didakwa di Mahkamah Majistret Yong Peng hari ini atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk, bulan lalu.

Tertuduh, Sivam Vijayan, 24, mengaku bersalah dan dijatuhkan hukaman denda RM10,000 serta penjara sehari oleh Majistret Arun Noval Dass.

Tertuduh membayar denda tersebut. Mahkamah turut memerintahkan lesen memandu tertuduh digantung dua tahun bermula hari ini.

Sivam yang masih bujang didakwa menunggang motosikal dalam keadaan mabuk di Kilometer 2, Jalan Yong Peng-Labis, Yong Peng pada pukul 1.12 pagi, 27 Mei lalu.

Oleh itu dia didakwa mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2020).

Mengikut fakta kes, polis yang melakukan Op Mabuk terserempak dengan tertuduh yang dalam keadaan mencurigakan.

Lelaki itu didapati menunggang dalam keadaan mabuk lalu dibawa ke Balai Polis Yong Peng.

Pendakwaan kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Firdaus Ruslan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI