fbpx

Trend pakai daun teratai elak sinaran matahari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai memakai topeng daun teratai untuk melindungi wajah daripada matahari. - Instagram

BEIJING – Penduduk di China mengundang perhatian orang ramai apabila menggunakan daun teratai sebagai topeng untuk melindungi muka daripada pancaran matahari, lapor portal berita RRI News semalam. 

Rakaman video yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @chinaminutes memaparkan orang ramai memakai topeng daun teratai ketika bersenam. 

Ada antara mereka juga memakai topi ‘organik’ itu semasa mengayuh basikal atau menunggang motosikal. 

Daun itu hanya ditebuk dua lubang supaya tidak mengganggu mata dan penglihatan mereka. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 19.8 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Orang Asia sanggup melakukan apa sahaja agar tidak gelap,” kata seorang netizen. 

“Jimat, mudah dan semula jadi,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI