fbpx

Sumali tidak dicabar pemilihan PSM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUMALI kekal menerajui PSM bagi penggal 2025-2028 selepas tidak dicabar dalam pemilihan akan datang. - SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd. Sumali Reduan terus diberikan kepercayaan bagi memimpin badan induk itu selepas tidak dicabar untuk jawatan tersebut menjelang pemilihan bagi penggal 2025-2028.

Sebaik sahaja tempoh pencalonan berakhir semalam, Sumali menerima 21 pencalonan daripada ahli gabungan dan bersekutu PSM tanpa dicabar calon lain, sekali gus menang tanpa bertanding.

Pengumuman itu dibuat Jawatankuasa Bebas Pemilihan Tertinggi PSM menerusi satu kenyataan media hari ini yang turut menyenaraikan calon-calon bagi jawatan lain.

Bagi jawatan Timbalan Presiden, enam calon disahkan layak untuk bertanding merebut dua posisi yang ditawarkan dengan Datuk Abdul Halim Suleiman menerima pencalonan tertinggi (16) diikuti Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan (15).

Sementara itu, tiga kerusi bagi jawatan Naib Presiden akan menjadi rebutan lapan calon bertanding, termasuk Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan Wan Mohd. Husni Abdullah yang masing-masing menerima 18 pencalonan.

Semua calon perlu menghantar borang penerimaan selewat-lewatnya 25 Jun ini, manakala Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) serta proses pemilihan rasmi akan berlangsung 29 Jun nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI