fbpx

EPL: Wirtz mahu beri aksi setanding harga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WIRTZ melengkapkan perpindahan ke Liverpool dan muncul pemain pertama dibeli pada nilai lebih £100 juta. - AFP

LIVERPOOL – Kehadiran Florian Wirtz menyaksikan Liverpool memecahkan polisi pembelian pemain yang pernah dipraktikkan oleh bekas pengurusnya sebelum ini, Jurgen Klopp.

Klopp sentiasa menekankan moralnya untuk mengekalkan The Reds dalam situasi ‘sihat’ melibatkan aspek kewangan dan tidak akan melakukan pembelian mega seperti dilakukan oleh kelab pencabar lain seperti Manchester United dan Manchester City.

Pengurus dari Jerman itu juga menentang sebarang pembelian hingga mencecah nilai £100 juta (RM573.8 juta), namun kini The Reds sudah pun menandatangani Wirtz daripada kelab Bayer Leverkusen dengan nilai keseluruhan yang dilaporkan sebanyak £116 juta (RM696 juta).

Bagaimanapun, Wirtz yang kini memecahkan rekod pembelian termahal England bertegas, dia tidak mengejar kemewahan dan kehadirannya ke Liverpool bukan sekadar untuk bercuti sebaliknya mahu bantu pasukan raih kejayaan.

“Sudah tentu ini adalah detik penting kepada perjalanan karier saya yang mahu membuat satu lagi langkah ke depan dan saya juga pastinya mahu berada dalam salah satu kelab tiga terbaik dunia.

“Saya yakin dengan idea dan semua perkara yang kelab tawarkan kepada saya, jadi pada akhirnya saya begitu teruja untuk sertai Liverpool. Kehadiran saya bukan hanya untuk berseronok namun untuk berikan apa yang penyokong berhak dapat.

“Musim lalu, Liverpool menang Liga Perdana Inggeris dan sasaran saya untuk memenanginya sekali lagi dan mara lebih jauh di Liga Juara-Juara,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI