fbpx

EPL: United beri diskaun harga Garnacho

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GARNACHO memiliki hubungan yang tidak baik bersama Amorim menyebabkan United mahu segera melepaskannya. - AFP

LONDON – Manchester United dilapor memberi diskaun untuk harga perpindahan pemain sayapnya, Alejandro Garnacho selepas sebelum ini meletakkan tanda harga sebanyak £70 juta (RM400.13 juta).

Pemain itu tidak lagi berada dalam perancangan pengurus pasukan, Ruben Amorim selepas Garnacho dilapor melemparkan kritikan apabila hanya diturunkan sebagai pemain gantian pada aksi final Liga Europa.

Perkembangan itu menyaksikan beberapa pasukan Eropah termasuk Atletico Madrid, Napoli, AC Milan dan Bayer Leverkusen memantau dekat situasi berkenaan, namun Garnacho dikatakan memilih untuk kekal beraksi di Liga Perdana Inggeris.

United dikatakan hanya mahukan nilai perpindahan sebanyak £40 juta (RM228.64 juta) untuk bersetuju melepaskan khidmat pemain berusia 20 tahun tersebut sekali gus kembali menarik minat Chelsea, Aston Villa dan Arsenal.

Pengurus Chelsea, Enzo Maresca dilapor sangat meminati gaya permainan Garnacho ketika pasukan itu juga sedang mencari pemain di posisi sayap sekali gus menjadi alternatif sekiranya mereka gagal mendapatkan Jamie Gittens.

Arsenal juga memasang impian untuk mendapatkan Garnacho yang dianggap pelengkap kepada kepantasan jentera serangan di bahagian sayap kiri ketika mereka sudah memiliki Bukayo Saka di posisi kanan.

Villa pula yang memiliki pengalaman berurusan dengan United untuk rundingan pinjaman Marcus Rashford percaya mereka turut memiliki kelebihan dalam usaha memburu khidmat Garnacho. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI