fbpx

Anak ayam kaki empat bikin gempar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketika anak ayam itu berjalan, kedua-dua kaki tambahannya turut sama bergerak. - Detik

JAKARTA – Seekor anak ayam di Pekalongan, wilayah Jawa Tengah menjadi perhatian ramai kerana dilahirkan dengan memiliki empat kaki, lapor laman berita Detik kelmarin.

Pemiliknya, Luthfi Hakim, 52, berkata, haiwan itu berusia sekitar tujuh hari.

“Induknya baru pertama kali bertelur. Ada lapan telur semuanya, dan daripada jumlah itu, seekor anak ayam yang menetas mempunyai empat kaki,” katanya.

Dua kaki anak ayam itu berada dekat sayapnya dan menghala ke atas.

Ketika ia berjalan, kedua-dua kaki tambahan itu turut sama bergerak.

Menurut Luthfi, dia tidak ambil kisah mengenai keadaan anak ayam itu dan hanya mahu terus memeliharanya seperti haiwan-haiwan lain.

Sementara itu, Ketua Bahagian Penternakan, Keselamatan Makanan dan Perkhidmatan Pertanian Pekalongan, Mu’tassimbillah berkata, anak ayam berkaki empat memang jarang ditemui.

“Namun, ia bukan sesuatu yang luar biasa kerana dilahirkan cacat,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI