fbpx

Kilang terbakar: Rugi RM1 juta enam lori, Ford Ranger hangus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA kenderaan berat yang musnah terbakar dala kejadian di Kawasan Perindustrian Kota Puteri, Taman Megah Ria, Masai, Johor Bahru.-Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Sebuah syarikat logistik mengalami kerugian kira-kira RM1 juta apabila enam kenderaan berat dan sebuah trak pikap Ford Ranger musnah dalam kebakaran di Kawasan Perindustrian Kota Puteri berhampiran Taman Megah Ria, Masai di sini semalam.

Penyelia syarikat tersebut, R. Tiva, 32, berkata, dalam kejadian itu, dia hanya sempat menyelamatkan sebuah treler dengan memandu keluar dari kawasan kebakaran ke tempat yang selamat.

Jelasnya, lima buah lori bersaiz 40 kaki, sebuah lori tiga tan dan sebuah kereta Ford Ranger milik syarikat tidak sempat diselamatkan.

“Saya redah api untuk selamatkan satu treler saja, yang lain saya hanya mampu tengok hangus satu persatu. Sebuah treler kontena yang menyimpan tiga buah kenderaan buggy turut terbakar apabila badan kontena itu dijilat api.

“Saya hanya mampu lihat dari jauh kerana api sangat besar dan kedengaran beberapa letupan kuat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI