PETALING JAYA – Sebuah lori mencuri perhatian pengguna jalan raya menerusi mesej romantis ‘tolong jauh sikit sebab saya sayang awak’ di bahagian belakang kenderaan itu.
Perkara itu menjadi tular selepas dikongsi pengguna TikTok @Oppamiel yang memandu di belakang kenderaan berat tersebut.
Difahamkan, mesej itu diberikan sebagai peringatan kepada kenderaan lain supaya tidak mengekori terlalu rapat bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.
“Betul ke abang sayang saya? Tolong jangan bagi harapan palsu, abang,” katanya dalam video berkenaan.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dan berseloroh mengenai mesej ‘abang lori’ tersebut.
“Bila kau dah ‘single’ (bujang) lama sangat,” kata Athirah.
“Kalau awak jauh, dia sayang awak, tetapi kalau awak dekat, Tuhan yang sayangkan awak,” kata Eina Azmy.
“Dia suruh abang jauh sebab takut nanti abang dijemput pulang ke negeri abadi. Nanti abang tak sempat kahwin dengan dia,” seloroh pengguna lain. – KOSMO! ONLINE