BANGKOK – Seorang pelanggan di Thailand memesan makanan menerusi aplikasi penghantaran sebelum menyedari restoran berkenaan terletak di hadapan rumahnya, lapor portal berita MSNews hari ini.
Satu rakaman video yang dimuat naik di platform TikTok memaparkan penunggang penghantaran cuma perlu berjalan beberapa langkah di seberang jalan untuk menghantar pesanannya.
Klip video itu menjadi tular dan merekodkan lebih satu juta tontonan di TikTok.
Ramai netizen berkata, ia adalah penghantaran makanan yang paling pantas.
Seorang netizen berkongsi pengalaman sama dengan menulis bahawa dia membuat tempahan kopi dari sebuah kedai yang terletak di sebelah rumahnya.
Seorang lagi netizen memberitahu bahawa pelanggan itu mungkin ingin ‘berkongsi rezeki’ dengan penghantar makanan. – AGENSI