fbpx

[VIDEO] ’14 tahun tunggu bayi, tetapi Allah pinjam tiga bulan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video menunjukkan Noor Helmy ketika menziarahi ibu mangsa.

PETALING JAYA – Hancur hati seorang ibu apabila kehilangan anak lelaki dan cucunya serentak dalam tragedi menyayat hati yang dilaporkan berlaku di Kampung Perigi Hang Tuah, Melaka, semalam.

Perkongsian itu dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Mohd. Noor Helmy Abdul Halem menerusi akaun TikTok miliknya selepas menziarahi ibu mangsa.

Menurut ibu arwah, anak lelakinya tidak menunjukkan sebarang tanda sakit serius, namun ada mengadu mengalami ketidakselesaan pada bahagian dada kepada isterinya malam sebelum kejadian.

“Dia nampak sihat dan tidak mengadu apa-apa, cuma malam sebelum itu, dia ada beritahu isterinya bahawa dadanya sakit. Isterinya mengajak dia ke klinik, tetapi dia enggan,” katanya.

Tambahnya, kejadian tersebut hanya disedari apabila menantunya pulang ke rumah dan menemui suami serta anak mereka dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Bila isteri dia balik, dia tolak pintu dan nampak bayi sudah biru mukanya, manakala suaminya pula sudah tidak bernyawa. Mungkin ketika diserang sakit jantung, tangannya terkapai dan tertindih anak kecil itu,” ujarnya.

Hantaran tersebut mengundang simpati dalam kalangan pengguna yang membanjiri ruangan komen dengan ucapan takziah.

“Tunggu bayi 14 tahun, tetapi Allah hanya pinjam tiga bulan dan ambil sekali dengan suaminya,” ujar Adah.

“Sedihnya, Allah lebih sayangkan mereka. Semoga keluarga ini terus tabah,” kata Aisyah.

“Kakak ini sangat kuat. Kalau orang lain, mungkin sudah hilang arah,” komen Zam Zam.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang bayi lelaki berusia tiga bulan maut dipercayai tertindih lengan bapanya yang tidak bernyawa akibat terkena serangan jantung, pagi semalam.

Mangsa lelaki, Nurul Efendy Ibrahim, 35, ditemui tidak sedarkan diri oleh isterinya yang pulang ke rumah kira-kira pukul 9.30 pagi tadi, manakala bayi, Muhammad Nur Daniel Nurul Efendy, dilihat berada di bawah lengannya. – KOSMO! ONLINE

@mnhelmy semoga keluarga diberi ketabahan atas dugaan dan kehilangan ❤️‍🩹 #DUYONGkita #ybMatDuyong #ceritaduyong #melaka #fyp ♬ original sound – Mohd. Noor Helmy

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI