fbpx

Masih ramai ‘ayam tua’ cari rezeki di lorong-lorong – Ellie Suriaty

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Walaupun 'screetime' dalam drama tidak banyak, Ellie tidak kisah melakonkan watak pelacur atau 'ayam tua' keranya baginya, itu adalah satu tanggungjawab.

PETALING JAYA – Meski sudah memasuki usia 50-an, pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty masih laris membawakan watak sebagai ‘ayam tua’ atau pelacur.

Ini terbukti melalui karya terbaru arahan Feroz Kader berjudul Hilang Kasyorga yang menyaksikan Ellie dipilih sendiri pengarah itu untuk membawakan watak sebagai pelacur.

Menurut Ellie atau nama lengkapnya Ellie Suriaty Omar, 55, dia berbesar hati kerana diberikan kepercayaan oleh penerbit dan pengarah untuk membawakan watak sebagai pelacur biarpun dia hanya muncul dalam tiga babak sahaja.

“Apabila penerbit, Jalena Rejab menawarkan watak di dalam drama ini tidak mungkin saya akan menolak. Pertama sebab drama ini adalah sebuah cerita yang realistik dan sangat ‘raw’.

“Walaupun watak saya sebagai ayam tua tiga babak sahaja, tetapi kesemua melibatkan babak yang penting,” katanya ketika ditemui di majlis tayangan drama bersiri Hilang Kasyorga, di sini, baru-baru ini.

Berkongsi lanjut tentang drama terbitan syarikat produksi Country & Universal Sdn. Bhd itu, kata Ellie, ini adalah sebuah karya yang mengangkat realiti kehidupan di lorong.

“Juwita adalah ibu kepada Rodi (Kamal Adli). Terlalu mengharapkan duit, Juwita sanggup menjual maruah diri walaupun usia sudah lanjut.

“Tetapi paksi cerita ini adalah misteri kehilangan seorang kanak-kanak lorong yang tidak secara langsung membuka mata kita tentang masalah dalam masyarakat.

“Realitinya masih ramai ‘ayam tua’ yang masih mencari rezeki di lorong-lorong, bagaimana kita mahu membantu mereka untuk mencari kehidupan yang lebih bermakna,” kongsinya.

Selain Ellie, drama Hilang Kasyorga turut dibintangi Kamal Adli, Azhar Sulaiman, Adra Mikayla, Nabila Huda, Luqman Hafiz, Arfie Shah, Hariz Hamdan, Hafidzuddin, Fadilah Mansor, Kodi Rashid dan Dina Allysha.

Drama Hilang Kasyorga sebanyak enam episod diterbitkan untuk Unifi TV Originals dan akan ditayangkan bermula 23 Jun ini di saluran DEGUP, 120, Unifi TV. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI