fbpx

Kemaruk beli Labubu, pusat beli-belah sesak teruk 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai beratur hanya untuk membeli anak patung Labubu di Jakarta kelmarin. - Instagram

JAKARTA – Satu klip video tular memaparkan keadaan di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jakarta Barat penuh sesak dengan pengunjung yang ingin mendapatkan anak patung Labubu, lapor portal berita Lambe Turah. 

Kejadian dirakam di Pusat Beli-belah Central Park.  

Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @miss_cp.mall menunjukkan beratus-ratus orang terutamanya kalangan pengumpul berbaris  dari dalam hingga ke luar bangunan pusat beli-belah, mirip adegan filem Zombie Apocalypse.

Ada antara mereka sanggup beratur dari awal pagi, meskipun kedai masih belum dibuka. 

Menurut Instagram Pusat Beli-belah Central Park, pembukaan premis Pop Mart di Jakarta itu berlangsung kelmarin. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 192,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Manusia bila berduit, beli barang yang tidak bermanfaat,” kata seorang netizen. 

“Kenapa sibuk beli di kedai? Beli sahaja online dari rumah,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI