fbpx

Jenama fesyen jual jaket bulu kucing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EMMA HAKANSSON menunjukkan jaket diperbuat dari bulu kucing. - Foto Instagram/Georgie.purcell.ajp/CFJAAJP

SYDNEY – Jaket diperbuat daripada bulu kucing didapati dijual di negeri Victoria walaupun kerajaan Australia berjanji untuk membanteras amalan sedemikian, lapor portal berita Independent semalam.

Siasatan oleh badan bukan kerajaan (NGO), Kumpulan Kolektif Fesyen Keadilan dan Haiwan Australia mendapati jaket kanak-kanak mengandungi bulu kucing dijual sambil dilabelkan sebagai bulu palsu atau bulu biri-biri.

Ujian forensik mendedahkan jaket yang dijual oleh jenama fesyen Suttons UGG di kedai miliknya diperbuat daripada bulu kucing domestik dan bulu arnab. 

Namun, jaket itu dilabelkan diperbuat 100 peratus daripada kulit biri-biri atau bulu Australia.

“Setiap orang (di negeri) Victoria akan terkejut apabila mengetahui bahawa mereka boleh pergi ke kedai dan secara tidak sengaja membeli sesuatu yang diperbuat daripada bulu kucing,” kata pengasas kumpulan itu, Emma Hakansson.

Syarikat itu ketika dihubungi juga tidak dapat mengesahkan 100 peratus sama ada jaket yang dijual itu diperbuat daripada bulu  kucing.

Kerajaan Australia melarang eksport atau import bulu kucing dan anjing dalam tahun 2004. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI