fbpx

FAM ‘kunci mulut’ status Hamidin, tunggu Kongres Luar Biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kelibat Hamidin (kanan) masih dilihat dalam majlis rasmi arena bola sepak tempatan sejak beberapa bulan lalu.

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) masih bermain ‘tarik tali’ mengenai spekulasi Tan Sri Hamidin Mohd Amin bakal dilantik Presiden Kehormat badan induk tersebut dalam masa terdekat.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman berkata, satu Kongres Luar Biasa akan dilangsungkan pada 30 Jun depan untuk meluluskan beberapa agenda dan segala persoalan bakal terjawab nanti.

“Kita tunggu bagaimana kongres luar biasa tersebut.

“Namun, kita tidak boleh menafikan pengalaman beliau (Hamidin) mentadbir persatuan bola sepak selain hubungan dengan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) dan juga kerajaan.

“Buat masa sekarang, saya sendiri juga masih meminta pandangan serta nasihat daripada beliau dan sebagainya. Tetapi, untuk itu (Presiden Kehormat) kita tunggu kongres nanti,” katanya ketika ditemui Kosmo!

Sementara itu, Noor Azman menafikan Hamidin sudah mula menjalankan tugas sebagai Presiden Kehormat selepas kelihatan lebih ‘menonjol’ pada beberapa majlis rasmi FAM sebelum ini

“Hamidin adalah mantan presiden dan sudah tentu segala majlis kita jemput kerana dia juga masih memegang jawatan sebagai Exco AFC dan AFF. 

“Maksudnya mengambil contoh kelayakan Piala Asia lawan Vietnam baru-baru ini, kita memang ikut daripada protokol (untuk jemput Tan Sri) kerana statusnya selali Ahli Majlis FIFA paling tertinggi sekali,” katanya.

Sebagai rekod, khabar angin mengenai pelantikan Hamidin selaku Presiden Kehormat bertiup kencang sejak Mac lepas setelah tidak mempertahankan jawatan Presiden FAM pada Kongres Pemilihan, Februari lalu.

Keputusan itu membuka ruang kepada Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk dipilih sebagai Presiden baharu FAM selepas menang tanpa bertanding. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI