fbpx

Anwar ucap takziah kepada Hamzah, ibu mentua maut dalam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menerusi hantaran di Facebook mengucapkan takziah kepada Hamzah dan keluarganya.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada Datuk Seri Hamzah Zainudin atas kehilangan ibu mentua dalam kejadian kebakaran rumah di Ipoh, Perak malam tadi.

Anwar mendoakan semoga Hamzah terus kuat berdepan dengan ujian dahsyat tersebut dan turut bersedih atas insiden yang berlaku.

“Semoga roh Allahyarham diampunkan segala dosanya dan diberikan tempat yang istimewa olehNya. Insya-Allah,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam tadi, kediaman dua tingkat milik keluarga mentua Hamzah yang juga Ketua Pembangkang musnah dalam kebakaran.

Kejadian itu menyebabkan Salmiah Nyakk Matt, 84, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala suaminya, Datuk Abdul Ghani Ngah, 83, sesak nafas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI