fbpx
Tangkap layar memaparkan tentera rejim Zionis dan rakyat Israel berlindung di bunker bagi mengelak serangan Iran.

[VIDEO] ‘Cuak, mereka lari cari bunker bawah stesen kereta api’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Panik dan takut menyelubungi rakyat Israel apabila mereka dilihat mula mencari tempat perlindungan di stesen kereta api bawah tanah yang turut berfungsi sebagai bunker, susulan serangan peluru berpandu dari Iran.

Menerusi beberapa perkongsian tular di TikTok, orang awam rejim Zionis itu memilih untuk berpindah ke stesen kereta api sebagai tempat perlindungan alternatif berikutan bimbang serangan udara yang berterusan.

Dalam pada itu, satu lagi hantaran milik @Txr784 turut memaparkan beberapa anggota tentera Israel bersembunyi di bunker bawah tanah untuk berlindung daripada serangan.

“Majoriti penduduk dilihat melarikan diri, sementara tentera Israel dilaporkan bersembunyi di bunker bawah tanah untuk tempoh yang tidak diketahui,” tulis pemilik akaun di ruangan kapsyen.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati rata-rata netizen menyelar tindakan pengecut rejim Zionis yang kini panik apabila berdepan ancaman serangan balas.

“Kamu ada tempat perlindungan, sistem amaran dan makanan. Tetapi rakyat Palestin kebuluran dan terperangkap di bawah runtuhan,” ujar pengguna lain.

“Iran memang berhak mempertahankan diri,” kata netizen.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan kira-kira dua peluru berpandu dipercayai milik Iran dilaporkan berjaya menembusi Tel Aviv, Israel dalam satu serangan pada malam tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI