fbpx
Mohamed Khaled (tengah) diiringi Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd. Asghar Khan Goriman Khan (dua kiri) melakukan gimik pelancaran produk Koperasi Tentera sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Tentera Ke-59 di Dewan Perkasa, Wisma Perwira, hari ini. - Foto oleh FARIZ RUSADIO

Konflik Iran: Anggota Malbatt selamat, lokasi jauh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kedudukan anggota Batalion Malaysia (Malbatt) yang menyertai Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Asia Barat ketika ini adalah selamat kerana lokasi di Lebanon terletak jauh dari kawasan konflik.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga sentiasa berhubung dengan mereka.

“Kedudukan anggota Malbatt jauh, tapi apa-apa pun ATM sentiasa ada hubungan berterusan dan kalau ada apa-apa, kita akan maklumkan segera serta bertindak sewajarnya,” katanya selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Tentera ke-59 di Wisma Perwira ATM, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, seramai 15 rakyat Malaysia dan seorang warga Singapura sudah bersedia setakat hari ini untuk dipindahkan dari Iran menerusi operasi membawa mereka pulang.

Beliau berkata, semua mereka itu terdiri daripada 12 rakyat Malaysia serta seorang pemastautin tetap Malaysia, dua pasangan warga Iran dan seorang warga Singapura.

Usaha bawa pulang itu dilakukan susulan gesaan Wisma Putra kelmarin, meminta semua rakyat Malaysia yang menetap di Iran meninggalkan negara berkenaan serta-merta melalui apa-apa kaedah selamat dan tersedia.

Wisma Putra berkata, situasi semasa di Tehran, ketika ini adalah tidak menentu dan berpotensi menjadi lebih buruk tanpa sebarang amaran awal. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI