fbpx

Johor-Grab intai kerjasama perkukuh sektor pelancongan untuk TMJ26

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ONN HAFIZ (kiri) mengadakan perbincangan bersama pihak Grab bagi meneroka pelbagai inisiatif kerjasama strategik membabitkan dua pihak.

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri mengintai peluang kerjasama dengan syarikat pengangkutan dan penghantaran makanan, Grab bagi memperkukuh sektor pelancongan dan pengangkutan Johor, terutamanya menjelang Tahun Melawat Johor 2026.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, antara agenda utama yang dibincangkan termasuk kemas kini berhubung Perjanjian Perjalanan Rentas Sempadan dengan syarikat berpangkalan di Singapura itu.

Beliau berkata, turut dibincangkan ialah cadangan kolaborasi bersama Tourism Johor bagi menjayakan kempen Visit Johor 2026 secara lebih menyeluruh dan inklusif.

“Mesyuarat ini turut menyentuh potensi kerjasama rentas sempadan yang melibatkan kerjasama antara Kementerian Pengangkutan (MOT) Malaysia dan Singapura.

“Ia melibatkan peranan Grab dan penyedia pengangkutan awam lain dalam melancarkan pergerakan pelancong dan rakyat antara kedua-dua negara,” katanya.

Terdahulu Onn Hafiz mengadakan perbincangan bersama pihak Grab bagi meneroka pelbagai inisiatif kerjasama strategik membabitkan dua pihak di Saujana, Johor Bahru. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI