fbpx

Bomba pujuk wanita duduk atas balkoni tingkat 15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa berjaya diselamatkan selepas dipujuk anggota bomba.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita tempatan berusia 20-an berjaya diselamatkan selepas dilihat duduk di atas balkoni sebuah unit pangsapuri di tingkat 15, Desa Park City, Kepong di sini hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur (PGOKL) dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada pukul 3.10 petang.

Menurutnya, jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Menjalara tiba di lokasi kira-kira lapan minit kemudian, dibantu BBP Sri Hartamas bersama Unit High Rise Building.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, terdapat seorang wanita duduk di atas balkoni kediamannya di tingkat 15 dan dipercayai cuba terjun,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pasukan operasi kemudian memasang tali penyelamat dari tingkat 16 dan menjalankan usaha memujuk mangsa agar tidak bertindak sedemikian.

Operasi menyelamat dijalankan penuh berhati-hati dengan mangsa berjaya ditarik masuk semula ke dalam rumah pada pukul 4.30 petang.

Tiada kecederaan serius dilaporkan dan mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI