JAKARTA – Seorang pekerja kurier di Indonesia terkejut apabila dia terpaksa menghantar bungkusan berupa sebuah perahu kepada pelanggan, lapor portal berita Lambe Turah kelmarin.
Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @a_arie02 menunjukkan perahu itu dibalut dengan pembalut berwarna hitam dan pita pelekat.
Apa yang menarik perhatian adalah perahu itu merupakan satu-satunya berangan aneh dan paling besar di hab tersebut.
Rakaman itu mencatatkan lebih 800,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.
“Sanggup beli perahu di online sebab ada diskaun,” kata seorang netizen.
“Nasib baik bukan pesawat,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI