fbpx

KPN sumbang duit saman Papagomo kepada Tabung Amanah Warisan Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin (tengah) ketika menyampaikan duit sumbangan tersebut di Ibu Pejabat Bukit Aman, hari ini.

PETALING JAYA – Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain hari ini menyerahkan sumbangan berjumlah RM5,000 kepada Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP).

Sumbangan berbentuk ‘mock cheque’ itu diserahkan kepada Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Abdul Majid yang juga Ahli Tetap TAWP, dalam satu majlis ringkas di pejabat beliau di sini.

Sumbangan tersebut merupakan hasil daripada perintah mahkamah terhadap defendan, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo.

Ia merupakan sumbangan kedua Razarudin kepada TAWP selepas menyumbangkan RM10,000 pada 24 Februari lalu, menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan peribadi beliau sebanyak RM15,000.

“Sumbangan ini adalah tanda sokongan saya terhadap usaha kebajikan yang dilaksanakan oleh TAWP dalam membantu kebajikan pegawai, anggota dan anak-anak polis yang memerlukan.

“Dana seperti itu amat penting dalam meringankan beban kewangan golongan yang memerlukan, terutamanya dalam kalangan warga Polis Diraja Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, Datuk Ts. Azizee Ismail, Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Kamaruzaman Abdullah dan Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Hal Ehwal Pesara) Bukit Aman, Alina Sa’ad.

Pada 30 April lepas, Papagomo mengemukakan permohonan maaf tanpa syarat kepada Razarudin atas kenyataan berunsur fitnah yang dibuat awal tahun ini.

Mahkamah turut memerintahkan Papagomo membayar kos sebanyak RM5,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI