fbpx

Kes rogol remaja di Johor membimbangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

JOHOR BAHRU – Peningkatan kes rogol melibatkan golongan remaja di negeri ini semakin membimbangkan apabila sebanyak 54 kes direkodkan sejak 2023 hingga tahun lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata, antara punca peningkatan kes itu adalah disebabkan pengaruh media sosial berunsur lucah yang mudah diakses dan kurangnya pengetahuan terhadap undang-undang jenayah.

Katanya, kerosakan institusi keluarga turut menjadi faktor penyebab remaja terlibat seperti kurang perhatian, kasih sayang atau kawalan daripada ibu bapa.

“Justeru, Polis Johor melalui Unit Siasatan Seksual (D11) mengambil tindakan proaktif turun padang ke sekolah dan menyampaikan ceramah bagi memberi kesedaran kepada pelajar berkaitan jenayah ini.

“Saya menyeru semua pihak mengambil serius membendung perkara ini. Curahkan kasih sayang sepenuhnya dan didiklah anak-anak dengan pegangan agama dan nilai moral yang tinggi serta peka dengan aktiviti dan pergaulan anak-anak,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Kumar berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor mempamer prestasi cemerlang apabila menumpaskan 21 sindiket sejak awal tahun hingga bulan lalu.

Dalam tempoh itu, seramai 58 ahli sindiket ditahan melibatkan rampasan dadah bernilai RM81.07 juta dan sitaan aset berjumlah RM2.26 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI