BEIJING – Hampir 800 rakyat China telah dibawa keluar dari Iran sejak Israel melancarkan serangan terhadap negara itu minggu lalu, kata Beijing hari ini.
“Pada masa ini, 791 warga China telah dipindahkan dari Iran ke kawasan selamat,” kata jurucakap Kementerian Luar, Guo Jiakun pada sidang akhbar.
“Lebih 1,000 orang lagi sedang dalam proses berpindah dan keluar (dari Iran).
“Beberapa lagi rakyat China juga telah selamat dipindahkan dari Israel,” tambahnya.
Iran berkata awal hari ini bahawa ia melepaskan peluru berpandu hipersonik ke arah Israel dalam serangan semalaman, beberapa jam selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menuntut republik Islam itu berundur tanpa syarat. – AFP