fbpx

[VIDEO] Bini pesan beli pucuk paku ke bang?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan seorang penunggang motosikal terbabas ke dalam semak.

PETALING JAYA – Aksi seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi yang tidak sengaja terbabas ke dalam semak ketika berkonvoi mengundang tawa netizen selepas rakaman insiden berkenaan tular di media sosial.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Irfan Safaat di TikTok, lelaki tersebut dilihat terbabas ke dalam semak sewaktu melalui satu selekoh, dipercayai dalam usaha mengelak daripada terjatuh di atas jalan raya.

Apa yang mencuit hati adalah apabila seorang lagi rakan konvoi turut terjatuh walaupun sudah melihat kejadian tersebut berlaku di hadapannya.

Menurut Irfan, insiden itu berpunca daripada cubaan mengelak daripada jatuh ke jalan tar kerana risau akan menyebabkan kemalangan yang lebih buruk.

“Otai KKIC cakap ikut situ shorcut (jalan pintas). Kita nak cuba sahaja tah tahulah pula terjumpa ‘ayah pin’.

“Yang tak tahannya member (kawan) belakang jatuh emergency brake boleh gelak dulu baru perasan aku dalam semak (brek kecemasan),” katanya pada ruangan kapsyen klip tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen terhibur dengan situasi berkenaan dan tidak melepaskan peluang untuk mengusik Irfan serta rakan-rakannya.

“Lelaki tidak bercerita tiba-tiba masuk ke dalam semak,” komen Eye.

“Mungkin abang ini tengah syok layan selekoh, baru teringat bini dia pesan ‘abang pegi ride jangan lupa beli pucuk paku bawa balik’,” seloroh NajFir.

Dalam pada itu, ada yang berpendapat rakannya yang turut terjatuh hanya ingin turut serta menceriakan suasana.

“Abang yang masuk dalam semak itu, kau jangan kawan dengan abang yang motosikal putih itu, sudahlah jatuh, dia pulak gelak yang paling kuat,” ujar Laily Idris.

“Yang belakang itu pun sama. Biar kawan sorang sahaja cari yang pucuk paku itu dah memadai,” balas Sarina. -KOSMO! ONLINE

@irfansafaat99 Replying to @Rich Azni ♬ original sound – IS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI