fbpx

Kematian Cikgu Kwan Fong: JPN hubungi JPJ, imigresen tapi gagal kesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KWAN FONG ditemui meninggal dunia kira-kira sebulan dan mayatnya telah mereput disedari jirannya selepas terhidu bau busuk dalam kejadian di Bandar Selesa Jaya, Iskandar Puteri, Khamis lalu.

JOHOR BAHRU – Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) mengesahkan Guru Besar sebuah sekolah kebangsaan tempat mendiang Lo Kwan Fong mengajar telah menghantar surat tunjuk sebab atas ketidakhadirannya bertugas.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Johor, Aznan Tamin berkata, pihak sekolah telah menghantar surat terbabit sebanyak dua kali pada 21 November dan 19 Disember tahun lalu.

Katanya, surat tunjuk sebab dikeluarkan berikutan pihak sekolah gagal menghubungi Kwan Fong menerusi panggilan telefon serta melalui media sosial termasuk telegram sejak 10 November 2024.

“Susulan itu, pada 12 Mac lalu, nombor telefon guru tersebut tidak dapat dihubungi lagi dan pihak sekolah telah menggunakan kaedah lain bagi mengesan keberadaan guru tersebut.

“JPNJ cuba menghubungi guru tersebut melalui surat kepada Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ), Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan Surat makluman cabutan daftar alamat daripada Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Johor.

“Namun usaha itu semua gagal sehinggalah berita kematian menyayat hati dilaporkan pihak polis semalam,”katanya dalam satu kenyataan di sini.

Terdahulu, Kosmo! semalam melaporkan Kwan Fong, 39, ditemukan dalam keadaan mereput di dalam rumah di Bandar Selesa Jaya, Iskandar Puteri, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata, jiran mangsa tampil membuat laporan pada pukul 8 malam di Balai Polis Nusa Bestari, selepas terhidu bau busuk.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI