fbpx

Ibu maut tercampak digilis lori, anak rempuh pintu kereta Toyota Vios

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kemalangan maut membabitkan tiga kenderaan di Batu 5, Jalan Ipoh menghala ke Bulatan Kepong, semalam.

PETALING JAYA – Seorang wanita maut selepas motosikal yang dinaikinya bersama anak lelaki terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Batu 5, Jalan Ipoh menghala ke Bulatan Kepong, di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 1.45 petang.

Mohd Zamzuri berkata, siasatan awal mendapati insiden berlaku ketika mangsa berusia 55 tahun yang menunggang sebagai pembonceng bersama anak lelakinya di lorong kiri jalan.

“Secara tiba-tiba, seorang lelaki yang memandu sebuah Toyota Vios berhenti di bahu jalan telah membuka pintu bahagian pemandu tanpa memerhati keadaan lalu lintas, menyebabkan motosikal mangsa melanggar pintu kenderaan tersebut.

“Akibat perlanggaran itu, penunggang tercampak atas jalan manakala pembonceng tercampak ke arah sebuah lori yang sedang bergerak di lorong kanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi mendapatkan rawatan, namun pembonceng yang juga pemilik motosikal disahkan meninggal dunia ketika dirawat.

“Penunggang motosikal pula hanya mengalami kecederaan ringan pada kaki dan tangan,” ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI