fbpx

Budak tiga tahun maut jatuh parit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penduduk kampung menunjukkan mayat Intan Inara ditemui di dalam parit di Kampung Bukit Kenak Tok Kundu, Besut semalam.

BESUT – Kegirangan seorang kanak-kanak perempuan berkunjung ke rumah neneknya berakhir tragedi apabila dia ditemukan mati lemas dipercayai terjatuh ke dalam parit di Kampung Bukit Kenak Tok Kundur di sini, semalam.

Mangsa, Intan Inara Mohd. Hariz Husaini, 3, dipercayai terjatuh ke dalam parit berdekatan rumah neneknya pada pukul 6 petang.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Azamuddin Ahmad @ Abu berkata, sewaktu kejadian, kanak-kanak itu dikatakan bermain bersendirian di belakang rumah neneknya.

“Mangsa dikatakan keluar dari pintu belakang rumah neneknya tanpa disedari sesiapa.

“Ahli keluarganya yang mencarinya kemudiannya menemui jasad kanak-kanak perempuan terapung di parit tersebut kira-kira 10 minit kemudian,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Azamuddin berkata, lokasi Intan Inara ditemui yang terletak bersebelahan sawah padi terletak kira-kira 300 meter dari rumah neneknya.

Beliau berkata, keluarga mangsa melaporkan kes lemas terbabit di balai polis berhampiran pada 8.53 malam.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut di sini untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI