fbpx
Tangkap layar sebuah kenderaan tidak berpuas hati dan menekan hon apabila tidak dapat memotong barisan

[VIDEO] ‘Kiranya kau hon, kau terpaling betul?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang pengguna jalan raya meluahkan rasa kecewa apabila laporan polis yang dibuat tidak mendapat respons sewajarnya selepas dia diekori dan dikejar oleh pembuli jalan raya.

Video yang tular dimuat naik oleh pengguna TikTok @Tropioca, kejadian bermula apabila beliau enggan memberi laluan kepada sebuah kenderaan yang cuba memotong barisan panjang secara tidak sopan ketika kesesakan lalu lintas pada waktu pagi.

Ekoran itu, dia mendakwa diekori oleh suspek dan membunyikan hon berulang kali sehingga tiba di satu lokasi.

Berasa tidak selamat dan terganggu, mangsa membuat laporan polis berhubung insiden tersebut. Namun, jawapan yang diterima daripada pihak berkuasa mengecewakan.

“Awak kena open minded. Selagi tak cedera, tak ada masalah dan jalan raya kenalah bertolak ansur,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menerusi ruangan komen netizen, geram dan marah dengan tindakan pembuli jalan raya tersebut.

“Dengan signal (lampu isyarat) tak bagi (beri), memang tidak akan ku mengalah lah jawabnya,” komen @Lynyokooo.

“Kiranya kau hon, kau terpaling betul lah tu?,” tulis @Ashrul66.

“Ada juga orang macam ini,” @Merpatiflygofaster. – KOSMO! ONLINE

@tropioca tak bagi dia pancung sebab orang dah penat2 beratur sekali dia hon and kejar sampai tempat kerja , bila report polis polis cakap “awak tak open minded” “selagi tak cedera tak ada masalah” “jalan raya kenalah bertolak ansur”. maafkan saya tak open minded 😌 #fyp ♬ original sound – Jaa

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI