fbpx

Pesuruhjaya Polis lempar telur separuh masak ke muka pelayan restoran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. - Instagram

JAKARTA – Seorang Pesuruhjaya Polis di Palu, wilayah Sulawesi Tengah memukul pelayan restoran selepas telur yang dipesan tidak dimasak mengikut kehendaknya, lapor laman berita Tribunnews semalam.

Dalam kejadian kelmarin, pegawai kanan polis terbabit dikatakan memesan mi kuah beserta dua telur yang perlu dicampurkan ke dalam hidangan.

Namun, hidangan yang diterimanya tidak mematuhi piawaian kerana telur yang dicampur adalah separuh masak, menyebabkan pegawai tersebut berang.

“Saya dilempar dengan telur separuh masak yang masih panas ke muka. Ia turut terkena mata saya,” kata mangsa dikenali sebagai CV.

Tambah CV, dia kemudian dipukul oleh polis tersebut di hadapan pelanggan-pelanggan kedai.

Sehingga semalam, belum ada kenyataan rasmi daripada Polis Wilayah Sulawesi Tengah berhubung insiden itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI