fbpx

Lelaki ditemukan tidak bernyawa dalam parit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa ditemui meninggal dunia dalam kawasan parit di Kampung Bukit Hijau di Kupang, Baling hari ini.

BALING – Seorang lelaki berusia 59 tahun ditemukan meninggal dunia dalam kawasan parit berair di Kampung Bukit Hijau, Kupang, di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 3.18 petang tadi.

“Mangsa tidak pulang ke rumah sejak tengah hari tadi sebelum ditemui telah meninggal dunia di dalam parit.

“Anggota penyelamat terpaksa mendaki kira-kira 200 meter untuk sampai lokasi kerana tebing curam dan mangsa didapati masih berada di dalam parit sedalam kira-kira empat meter,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, anggota penyelamat terpaksa menggunakan pengusung untuk membawa mangsa turun sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, mangsa pergi ke lokasi itu untuk melakukan kerja-kerja membaiki saluran paip di situ seorang diri sejak pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI