fbpx

Rempuh pejalan kaki masuk sungai, lelaki Bangladesh didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta Nissan Sylphy yang remuk selepas kejadian Jumaat lalu.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Bangladesh didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian pejalan lelaki warga tempatan Jumaat lalu.

Bagaimanapun tertuduh, Atique Zaman, 39, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu di hadapan Majistret Khairunnisak Hassni.

Atique didakwa memandu kereta Nissan Sylphy secara melulu hingga menyebabkan kematian Muhammad Redzuan Jamal, 46, di Jalan Ipoh berhadapan Masjid Abu Hurairah Kampung Batu di sini pukul 11.49 pagi pada 13 Jun lalu.

Oleh itu, dia didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda tidak lebih RM50,000, selain hilang kelayakan memegang dan mendapatkan lesen memandu selama lima tahun.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Adiba Iman Hassan tidak menawarkan jaminan kerana tertuduh adalah warga asing.

“Namun jika mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin, saya mencadangkan jumlah RM20,000 dengan dua penjamin warga Malaysia selain pasport diserahkan kepada mahkamah dan tidak mengganggu waris mangsa,” katanya.

Peguam Muhammad Affendy Mohd Yusop merayu jaminan yang rendah dengan alasan anak guamnya mempunyai tanggungan dan turut cedera parah termasuk patah tulang rusuk ekoran kemalangan tersebut.

Majistret Khairunnisak kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan dua penjamin warga Malaysia.

Mahkamah turut mengenakan syarat tambahan melapor diri di balai polis setiap satu haribulan, dilarang mengganggu keluarga mangsa dan saksi pendakwaan serta lesen digantung sementara sehingga kes selesai

Sebelum ini Kosmo! melaporkan seorang pejalan kaki hilang di sungai selepas dirempuh sebuah kereta di Jalan Ipoh menghala ke Bulatan Kepong.

Kejadian pada pukul 11.45 pagi itu melibatkan kereta Nissan Sylphy yang dipandu lelaki Bangladesh berusia 39 tahun. Kereta dipandu suspek merempuh kereta Toyota Camry dipandu wanita Vietnam sebelum melanggar pejalan kaki. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI