fbpx

Umur 66 tahun, TokRam pun kena jual tudung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GELAGAT Tok Ram semasa menggayakan dan mempromosi jualan tudung Alyah dalam TikTok baru-baru ini.

SEJAK kembali menggendong anak kecil, maestro muzik Datuk Ramli MS tampak semakin ringan tulang membantu isterinya, Datin Alyah.

Kalau sebelum ini dia suka memasak, kali ini Ramli atau mesra dipanggil Tok Ram turut menyingsing lengan menolong mempromosikan tudung teman hidupnya itu.

Biarpun sibuk dengan persiapan showcase An Evening To Remember With Ayu, Idayu & Alyah pada 21 dan 22 Jun ini, penyanyi Kisah Hati itu tetap ligat berniaga.

Mungkin melihat semangat Alyah, Tok Ram pun teruja sama-sama mengulas satu persatu jenis dan corak tudung jualan Alyah dalam siaran langsung TikTok.

Rakaman sesi ‘live’ tersebut kemudian dimuat naik pengguna laman sosial lain yang meraih pelbagai komen.

Rata-rata seronok melihat gelagat lelaki berusia 66 tahun itu yang tampak seolah-olah seperti peniaga online tegar dan profesional.

Caranya yang memperincikan corak dan bahan tudung juga didakwa menyerlahkan kecomelannya, sekali gus mencuit hati netizen.

Memang sebelum ini belum pernah Diva tengok lelaki yang terkenal dengan sikap tegas sebagai juri pertandingan nyanyian itu promosikan tudung isteri. Patut laku keras!

Diva: Dengarnya ada peminat Singapura dan Brunei sanggup turun Putrajaya nak tengok showcase Alyah dan rakan-rakan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI